Soalan ? | Bagaimana saya boleh memohon Cuti Belajar/ Program Latihan Kepakaran Dengan/ Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan? |
Jawapan | Pegawai perlu melayari laman sesawang http://ehlp.moh.gov.my mengikut tempoh iklan yang ditetapkan. Iklan bagi sesi akademik 2026/2027 dijangka dikeluarkan pada Oktober 2025. |
Soalan ? | Apakah syarat-syarat bagi permohonan? |
Jawapan | Pegawai perlu memenuhi syarat-syarat pemberian Cuti Belajar/ Program Latihan Kepakaran Dengan/ Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan yang boleh dimuat turun di laman sesawang http://ehlp.moh.gov.my. Antara syarat permohonan adalah seperti berikut:-
|
Soalan ? | Sekiranya saya baru mendaftar untuk menduduki Peperiksaan Pra-kemasukan Ijazah Lanjutan Perubatan atau Medical Specialist Pre-Entrance Examination (MEDEX) pada tahun 2025, bolehkah saya memohon pada iklan tawaran Sesi akademik 2026/2027? |
Jawapan | Boleh. Pegawai yang telah melepasi saringan pertama akan dianggap berjaya melepasi syarat umum. Walau bagaimanapun, pegawai hanya akan dipanggil untuk sesi temuduga sekiranya telah melepasi syarat MEDEX yang telah ditetapkan mengikut syarat khusus bidang yang dimohon. Saringan temu duga akan bermula selepas pengumuman keputusan MEDEX yang dijangkakan pada awal Disember 2025. |
Soalan ? | Bagaimanakah cara-cara memohon? |
Jawapan | Sila rujuk panduan dan manual di Bahagian Makluman pada sistem eHLP KKM. Pegawai diminta untuk membaca dan memahami syarat-syarat yang ditetapkan sebelum mengisi permohonan dalam sistem eHLP KKM. |
Soalan ? | Bilakah tarikh tutup permohonan? |
Jawapan | Permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya bagi Sesi 2026/2027. Sila rujuk tarikh-tarikh penting yang terdapat dalam Dokumen Syarat Tawaran Program semasa iklan dikeluarkan kelak. |
Soalan ? | Siapakah Ketua Jabatan saya? |
Jawapan | Senarai Ketua Jabatan adalah tertakluk dalam Syarat Tawaran (mengikut program masing-masing). Sila pastikan emel Ketua Jabatan adalah betul kerana emel ini akan digunakan untuk penghantaran pautan sokongan. |
Soalan ? | Adakah saya perlu menghantar permohonan secara hard copy? |
Jawapan | Tiada dokumen hard copy yang perlu dihantar memandangkan permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya. |
Soalan ? | Saya telah menekan butang di dalam sistem permohonan dan kemudian mendapati maklumat yang diisi adalah salah, apa yang perlu saya lakukan? |
Jawapan | Semua permohonan yang telah dihantar tidak boleh dikemaskini lagi. Disarankan pemohon klik butang simpan terlebih dahulu dan mengemaskini sebarang maklumat sebelum menekan butang hantar. Pemohon juga dinasihatkan untuk merujuk kepada Unit Sumber Manusia terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat perkhidmatan seperti tarikh lantikan, LNPT dan Cuti Tanpa Gaji/ Cuti Separuh Gaji kerana jika pengisian tidak tepat menyebabkan permohonan [TIDAK BERJAYA]. |
Soalan ? | Bagaimanakah saya boleh mengetahui keputusan permohonan Cuti Belajar/ Program Latihan Kepakaran Dengan/ Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan? |
Jawapan | Semakan keputusan tawaran adalah melalui sistem eHLP KKM. Calon boleh merujuk kepada tarikh hebahan semakan keputusan tawaran yang akan dibuat melalui sistem eHLP KKM kelak. |
Soalan ? | Bagaimanakah cara untuk saya menyemak kelayakan untuk ditemu duga? |
Jawapan | Calon yang layak ke saringan temu duga akan dihubungi oleh JK Temuduga yang diurusetiakan oleh bidang kepakaran masing-masing dengan kerjasama pihak Universiti melalui e-mel/panggilan telefon. |
Soalan ? | Adakah penolakan tawaran Cuti Belajar/ Program Latihan Kepakaran Dengan/ Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan ini akan disenarai hitamkan? |
Jawapan | Ya, pegawai akan disenarai hitam bagi dua (2) sesi penawaran seterusnya jika menolak tawaran tersebut. |
Soalan ? | Bolehkah pegawai menukar latihan penempatan? |
Jawapan | Tidak boleh, pegawai perlu akur dengan latihan penempatan yang telah ditetapkan. |
Soalan ? | Jika pegawai telah menerima surat tawaran bersyarat dari BPL, apakah yang perlu dilakukan? |
Jawapan | Pegawai perlu mengemukakan dokumen mengikut senarai semak ke BPL untuk pengeluaran surat kelulusan. |
Soalan ? | Bagaimanakah perjanjian bagi pegawai Cuti Belajar/ Program Latihan Kepakaran Dengan/ Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan boleh diperolehi? |
Jawapan | Perjanjian Cuti Belajar/ Program Latihan Kepakaran Dengan/ Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan boleh dimuat turun di sistem eHLP KKM setelah calon berjaya mengesahkan penerimaan tawaran. |
Soalan ? | Adakah pegawai akan ditempatkan di Jawatan Simpanan Latihan (JSL) secara automatik atau perlukah PTJ memohon ke BPL? |
Jawapan | Penempatan ke JSL adalah bukan secara automatik dan tidak perlu permohonan dari PTJ. Kelulusan penempatan ke JSL mulai tahun 2019 adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Penyelarasan Penempatan Pegawai Yang Diluluskan Cuti Belajar ke JSL, KKM |
Soalan ? | Apakah elaun dan kemudahan yang layak diberi semasa Cuti Belajar bagi Pegawai Lantikan Tetap/ Program Latihan Kepakaran Dengan Biasiswa bagi Pegawai Lantikan Kontrak?
|
Jawapan | Pegawai Lantikan Tetap layak menerima kemudahan Cuti Belajar Dengan/Tanpa HLP manakala Pegawai Lantikan Kontrak layak menerima Pelepasan Khas bagi mengikuti Program Latihan Kepakaran dengan Biasiswa. Elaun dan kemudahan yang layak diberi semasa dalam tempoh Cuti Belajar/Program Latihan Kepakaran adalah berdasarkan Garis Panduan yang boleh dimuat turun di sistem eHLP KKM. |
Soalan ? | Adakah dibenarkan penangguhan sebelum memulakan Cuti Belajar/ Program Latihan Kepakaran Dengan/ Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan? |
Jawapan | Pegawai tidak dibenarkan penangguhan sebelum memulakan Cuti Belajar/ Program Latihan Kepakaran Dengan/ Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan |
Soalan ? | Sekiranya saya tidak berjaya bagi permohonan sesi 2025/2026, bilakah saya boleh memohon untuk sesi 2026/2027? |
Jawapan | Pegawai yang tidak berjaya bagi permohonan sesi 2025/2026 boleh memohon bagi iklan tawaran sesi 2026/2027 yang dijangka akan dibuka pada Oktober 2025. Pegawai yang berminat dimohon membuat semakan dari semasa ke semasa di sistem eHLP KKM bagi pengumuman iklan tawaran berkenaan. |
Soalan ? | Bagaimanakah saya boleh hubungi BPL, KKM? |
Jawapan |
|
Soalan ? | Apakah maksud Program Latihan Kepakaran (PLK)? |
Jawapan | “Program Latihan Kepakaran” bermakna kemudahan latihan dengan pelepasan khas yang diluluskan oleh Kerajaan kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Lantikan Kontrak KKM bagi mengikuti pengajian Sarjana Perubatan, Sarjana Pergigian atau Parallel Pathway di institusi dalam negara/ luar negara. Dalam tempoh latihan tersebut, pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan elaun-elaun lain yang berkelayakan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan. |
Soalan ? | Adakah kontrak Program Latihan Kepakaran (PLK) ini akan ditawarkan kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi? |
Jawapan | Kontrak PLK ini akan ditawarkan kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian sahaja bagi tempoh empat (4) tahun. |
Soalan ? | Bolehkah saya memohon Sarjana Perubatan dan Parallel Pathway pada masa yang sama? |
Jawapan | Tidak boleh. Pegawai hanya layak memilih satu PLK sahaja bagi satu permohonan mengikut iklan tawaran yang dikeluarkan oleh BPL, KKM. |
Soalan ? | Apakah kaedah saringan bagi permohonan PLK? |
Jawapan | Kaedah saringan adalah sama seperti pegawai lantikan tetap. Calon yang memenuhi syarat boleh memohon penajaan mengikuti PLK melalui Sistem eHLP KKM. |
Soalan ? | Adakah saya layak memohon penajaan PLK sekiranya saya telah memulakan pengajian kepakaran Parallel Pathway di bawah Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP)? |
Jawapan | Pegawai layak memohon tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Penajaan hanya akan diberikan mengikut baki tempoh latihan dan tidak termasuk kos yang telah dibayar oleh pegawai. |
Soalan ? | Adakah semua Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian layak ditawarkan kontrak PLK secara automatik? |
Jawapan | Hanya pegawai yang berjaya melepasi saringan PLK layak ditawarkan kontrak PLK. Bagi pegawai yang mendapat tawaran pengajian dalam tempoh dua (2) tahun kontrak, tawaran kontrak empat (4) tahun ditawarkan selepas kontrak dua (2) tahun tamat. |
Soalan ? | Bagaimana penempatan pegawai dalam tempoh kontrak PLK? |
Jawapan | Bagi Program Sarjana Perubatan/Pergigian, pegawai akan ditempatkan di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Latihan (BPL). Manakala bagi Program Parallel Pathway, penempatan pegawai akan dikekalkan di penempatan sedia ada. Walau bagaimanapun, Program berkaitan boleh membuat pertimbangan sewajarnya agar pegawai diberi penempatan berdasarkan bidang yang telah dipilih. |
Soalan ? | Sekiranya pegawai membuat penangguhan pengajian disebabkan cuti sakit atau bersalin dalam tempoh PLK, apakah yang akan terjadi kepada kontrak perkhidmatan dalam tempoh penangguhan tersebut? |
Jawapan | Kontrak perkhidmatan pegawai akan diteruskan dalam tempoh penangguhan tersebut (maksimum 6 bulan). Walau bagaimanapun sekiranya tempoh (cuti sakit atau cuti bersalin) telah tamat awal, maka pegawai perlu ditempatkan ke mana-mana fasiliti KKM hingga tempoh penangguhan pengajian tamat. |
Soalan ? | Saya telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan Kontrak pada tahun 2021 dan telah dilantik tetap pada tahun 2024 namun masih belum disahkan dalam perkhidmatan. Adakah saya layak memohon Program Sarjana Perubatan Sesi 2026/2027? |
Jawapan | Pegawai Perubatan/ Pergigian KKM Lantikan Kontrak sebelum 1 Januari 2022 yang telah dilantik tetap tetapi belum disahkan dalam perkhidmatan semasa tarikh tutup permohonan adalah layak memohon Program Sarjana Perubatan Sesi 2026/2027. |
Soalan ? | Adakah saya masih dianggap sebagai Penjawat Awam dalam tempoh PLK? |
Jawapan | Ya. Pegawai masih dianggap Penjawat Awam semasa dalam tempoh PLK dan tertakluk kepada Peraturan – peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) serta dasar-dasar lain yang berkuatkuasa. |
Soalan ? | Apakah yang akan berlaku sekiranya saya gagal dalam tempoh pengajian atau melanggar mana-mana syarat perjanjian penajaan PLK? |
||||
Jawapan |
|