tawaran c (Program Latihan Kepakaran Lanjutan KKM, Subkepakaran Pergigian Dan AOSI)
Soalan ?

Bilakah iklan tawaran HLP bagi Program Subkepakaran dibuat?

Jawapan

Iklan bagi mengikuti Program Subkepakaran dijangka pada bulan Oktober 2025 melalui laman web rasmi KKM


Soalan ?

Bagaimana saya boleh memohon Program Subkepakaran?

Jawapan

Borang permohonan beserta tatacara dan syarat-syarat permohonan boleh dimuat turun di laman web http://ehlp.moh.gov.my


Soalan ?

Apakah syarat-syarat bagi permohonan Program Subkepakaran?

Jawapan

Pegawai perlu memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan yang boleh dimuat turun di laman sesawang http://ehlp.moh.gov.my. Antara syarat permohonan adalah seperti berikut:-

1. Merupakan Pegawai Perubatan Pakar lantikan tetap.

2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan.

3. Pegawai perlu mempunyai prestasi cemerlang dengan markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tidak kurang daripada 85% bagi 3 tahun terkini (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun); dan

Pengecualian penilaian genap 12 bulan bagi tahun penilaian hanya diberikan kepada Pegawai Wanita yang pernah mengambil Cuti Tanpa Gaji (CTG) atau Cuti Separuh Gaji (CSG) untuk menjaga anak tidak melebihi 90 hari dalam tahun penilaian sebagaimana ketetapan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2014;

4. Bebas/ bersih daripada sebarang pertuduhan, prosiding dan tindakan tatatertib, siasatan dan/atau dalam proses dakwaan Mahkamah;

5. Pegawai telah mengisytiharkan harta dalam tempoh lima (5) tahun terkini;

6. Tidak pernah menerima sebarang tajaan Kerajaan Malaysia bagi peringkat kursus yang sama.

7. Tidak pernah gagal atau menarik diri daripada sebarang kursus Tajaan Kerajaan Malaysia.

8. Tidak pernah menolak tawaran Program Subkepakaran yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia dalam tempoh dua (2) tahun yang lepas.

9. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka pendek/panjang yang terdahulu dengan jayanya dari tarikh tutup iklan seperti berikut:

Tempoh Kursus

Tempoh Menunggu

Lebih daripada 12 bulan

2 tahun

Lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan

1 tahun

Kurang daripada 3 bulan

Tiada

10. Setiap pegawai dikehendaki membuat perakuan mengenai status kesihatan masing-masing memandangkan masalah kesihatan tertentu boleh menyebabkan pegawai tidak dapat memenuhi tanggungjawab profesional dan peribadinya dan seterusnya mungkin menyebabkan   pegawai tidak dapat mengamal dengan selamat disebabkan oleh penyakit fizikal atau mental.

11. Bagi pegawai yang mempunyai masalah kesihatan seperti di Lampiran A,  kesesuaian untuk diterima menjalani latihan kepakaran akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal bagi bidang kepakaran masing-masing. Pegawai perlu mengemukakan laporan perubatan dari Pakar Perubatan Kerajaan yang merawat untuk mengesahkan status kesihatan dan rawatan terkini. Laporan perubatan yang dikemukakan adalah dalam tempoh 6 bulan  dari tarikh permohonan.


Soalan ?

Bagaimanakah cara untuk memohon Program Subkepakaran?

Jawapan

Sila rujuk panduan dan manual di Bahagian Makluman pada sistem eHLP. Pegawai diminta untuk membaca dan memahami syarat-syarat yang ditetapkan sebelum mengisi permohonan dalam sistem eHLP.


Soalan ?

Siapakah Ketua Jabatan saya?

Jawapan

Senarai Ketua Jabatan adalah tertakluk dalam Syarat Tawaran (mengikut program masing-masing). Sila pastikan emel Ketua Jabatan adalah betul kerana emel ini akan digunakan untuk penghantaran pautan sokongan.


Soalan ?

Adakah saya perlu menghantar permohonan secara hard copy?

Jawapan

Tiada dokumen hard copy yang perlu dihantar memandangkan permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya.


Soalan ?

Saya telah menekan butang di dalam sistem permohonan dan kemudian mendapati maklumat yang diisi adalah salah, apa yang perlu saya lakukan?

Jawapan

Semua permohonan yang telah dihantar tidak boleh dikemaskini lagi. Disarankan pemohon klik butang simpan terlebih dahulu dan mengemaskini sebarang maklumat sebelum menekan butang hantar. Pemohon juga dinasihatkan untuk merujuk kepada Unit Sumber Manusia terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat perkhidmatan seperti tarikh lantikan, LNPT dan Cuti Tanpa Gaji/ Cuti Separuh Gaji kerana jika pengisian tidak tepat menyebabkan permohonan [TIDAK BERJAYA].


Soalan ?

Bagaimanakah saya boleh mengetahui keputusan permohonan Program Subkepakaran?

Jawapan

Semakan untuk calon layak temu duga dan keputusan tawaran boleh disemak melalui sistem eHLP pada tarikh yang ditetapkan di dalam Syarat Tawaran.


Soalan ?

Adakah BPL akan membuat pemakluman keputusan kepada calon yang Berjaya mengikuti Program Subkepakaran?

 

Jawapan

Ya. Pemakluman keputusan tawaran boleh disemak melalui sistem eHLP pada tarikh yang ditetapkan di dalam Syarat Tawaran. Pemohon hendaklah peka dengan tarikh yang telah ditetapkan. Sebarang pindaan tarikh akan diumumkan di sistem eHLP.

 


Soalan ? Permohonan saya untuk mengikuti Program Subkepakaran adalah gagal. Bolehkah saya membuat rayuan?
Jawapan Tidak boleh. Sebarang keputusan adalah muktamad.

Soalan ?

Adakah penolakan tawaran Subkepakaran ini akan disenarai hitamkan?

Jawapan

Ya, pegawai akan disenarai hitamkan selama dua kali penawaran jika menolak tawaran tersebut.


Soalan ?

Jika pegawai telah menerima surat tawaran bersyarat dari BPL, apakah yang perlu dilakukan?

Jawapan

Pegawai perlu mengemukakan dokumen mengikut senarai semak ke BPL untuk pengeluaran surat kelulusan.


Soalan ?

Bagaimanakah perjanjian bagi pegawai Program Subkepakaran boleh diperolehi?

Jawapan

Perjanjian Program Subkepakaran boleh dimuat turun di sistem eHLP setelah calon berjaya mengesahkan penerimaan tawaran.


Soalan ?

Adakah pegawai akan ditempatkan di Jawatan Simpanan Latihan (JSL) secara automatik atau perlukah PTJ memohon ke BPL?

Jawapan

Penempatan ke JSL adalah bukan secara automatik dan tidak perlu permohonan dari PTJ. Kelulusan penempatan ke JSL adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Penyelarasan Penempatan Pegawai Yang Diluluskan Cuti Belajar ke JSL, KKM

PERHATIAN!
Mohon Baca
i. Panduan Pengisian Borang
ii. Syarat Tawaran
Sebelum Membuat Permohonan
PERHATIAN!
Sila gunakan komputer atau komputer riba untuk akses sistem. Paparan terbaik adalah dengan Chrome, Firefox atau Microsoft Edge versi terkini.