tawaran d (Program Kepakaran Laluan Paralel)
Soalan ?
  1. Bagaimana saya boleh memohon Cuti Belajar (CB)/ Program Latihan Kepakaran (PLK) Dengan/ Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)?
Jawapan

Pegawai perlu melayari laman sesawang http://ehlp.moh.gov.my mengikut tempoh iklan yang ditetapkan. Iklan bagi sesi akademik 2026/ 2027. Sesi permohonan dibuka pada 2 Oktober 2025 hingga 31 Oktober 2025.


Soalan ?

Apakah syarat-syarat bagi permohonan?

Jawapan

Pegawai perlu memenuhi syarat-syarat pemberian CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan yang boleh dimuat turun di laman sesawang http://ehlp.moh.gov.my. Antara syarat permohonan adalah seperti berikut:-

  1. Berkhidmat secara Kontrak atau Tetap;
  2. Bagi pegawai lantikan Kontrak:

i. Pegawai Perubatan KKM Lantikan Kontrak di bawah Surat Pekeliling Ketua Setiausaha (SPKSU) Bil 4/2016 dan masih dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan; atau

ii. Pegawai Perubatan KKM Lantikan Kontrak yang mendapat tawaran kesinambungan perkhidmatan bagi persediaan pengajian kepakaran seperti yang diperuntukkan dalam surat edaran Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) rujukan KKM-500-8/1/20 Jld. 8 (11) bertarikh 5 Januari 2022; atau

iii. Pegawai Perubatan KKM Lantikan Kontrak sehingga 31 Disember 2022 yang menjalani Latihan Siswazah atau Housemanship di luar negara;

iv. Pegawai Perubatan Lantikan Kontrak sebelum 1 Januari 2022 yang dilantik tetap sehingga 31 Disember 2025 tetapi belum disahkan dalam perkhidmatan; dan

v. Pegawai tidak pernah meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan kontrak (Pegawai Perubatan Kontrak).

​​​​​​​

  1. Telah berkhidmat dengan KKM sekurang-kurangnya tiga (3) tahun (termasuk latihan siswazah) dan dilantik pada/sebelum 1 Januari 2022;
  2. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa (bagi Pegawai Lantikan Tetap);
  3. Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85 peratus bagi tempoh genap tiga (3) tahun kalendar berturut-turut;
  4. Pengecualian penilaian genap 12 bulan bagi tahun penilaian hanya diberikan kepada pegawai wanita yang pernah mengambil Cuti Tanpa Gaji (CTG) atau Cuti Separuh Gaji (CSG) untuk menjaga anak tidak melebihi 90 hari dalam tahun penilaian sebagaimana ketetapan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2014;
  5. Pengecualian penilaian genap 12 bulan untuk pengiraan purata LNPT diberikan kepada Pegawai Lantikan Kontrak yang menjalani Latihan Siswazah atau Housemanship di luar negara (Lantikan sehingga 31 Disember 2022);
  6. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan/Jabatan (Panel Pembangunan Sumber Manusia), mengikut yang mana berkenaan;
  7. Pegawai bersih / bebas daripada sebarang pertuduhan / prosiding dan dan tindakan tatatertib, siasatan dan / atau dalam proses dakwaan mahkamah;
  8. Telah mengisytiharkan harta;
  9. Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman/ peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan pinjaman Kerajaan yang lain.
  10. Tidak pernah menerima sebarang tajaan Kerajaan Malaysia bagi peringkat kursus yang sama;
  11. Tidak pernah gagal atau menarik diri daripada sebarang kursus tajaan Kerajaan Malaysia (Kecuali telah selesai bayaran penalti kursus yang terdahulu) ;​​​​​​​
  12.  Tidak pernah menolak tawaran yang ditawarkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan, KKM dalam tempoh dua (2) tahun yang lepas;
  13. Setiap pegawai dikehendaki membuat perakuan mengenai status kesihatan masing-masing. Masalah kesihatan tertentu mungkin boleh menyebabkan pegawai tidak dapat memenuhi tanggungjawab profesional dan peribadinya, dan seterusnya mungkin menyebabkan pegawai tidak dapat mengamal dengan selamat disebabkan oleh penyakit fizikal atau mental.
  14. Bagi pegawai yang mempunyai masalah kesihatan seperti di Lampiran B, kesesuaian untuk diterima menjalani latihan kepakaran akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal bagi bidang kepakaran masing-masing. Pegawai perlu mengemukakan laporan perubatan dari pakar perubatan Kerajaan untuk mengesahkan status kesihatan dan rawatan terkini.
  15. Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah mematuhi prinsip-prinsip asas yang dinyatakan dalam Garis Panduan kemudahan cuti belajar kepada pegawai awam yang mengikuti kursus jangka sederhana dan kursus jangka panjang secara sepenuh masa; dan
  16. Pegawai hendaklah mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka pendek / panjang yang terdahulu dengan jayanya seperti berikut;

 

Tempoh Kursus

Tempoh Menunggu

Lebih daripada 12 bulan

2 tahun

Lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan

1 tahun

Kurang daripada 3 bulan

Tiada


Soalan ?

Bagaimanakah cara-cara memohon?

Jawapan

Sila rujuk panduan dan manual di Bahagian Makluman pada sistem eHLP. Pegawai diminta untuk membaca dan memahami syarat-syarat yang ditetapkan sebelum mengisi permohonan dalam sistem eHLP.


Soalan ?

Bilakah tarikh tutup permohonan?

Jawapan

Permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya bagi Sesi Akademik Tahun 2026/2027. Sila rujuk tarikh-tarikh penting pada poster pengumuman bagi Tawaran D.


Soalan ?

Siapakah Ketua Jabatan saya?

Jawapan

Senarai Ketua Jabatan adalah tertakluk dalam Syarat Tawaran (mengikut program masing-masing). Sila pastikan emel Ketua Jabatan adalah betul kerana emel ini akan digunakan untuk penghantaran pautan sokongan.


Soalan ?

Adakah saya perlu menghantar permohonan secara hard copy?

Jawapan

Tiada dokumen hard copy yang perlu dihantar memandangkan permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya.


Soalan ?

Saya telah menekan butang di dalam sistem permohonan dan kemudian mendapati maklumat yang diisi adalah salah, apa yang perlu saya lakukan?

Jawapan

Semua permohonan yang telah dihantar tidak boleh dikemaskini lagi. Disarankan pemohon klik butang simpan terlebih dahulu dan mengemaskini sebarang maklumat sebelum menekan butang hantar. Pemohon juga dinasihatkan untuk merujuk kepada Unit Sumber Manusia terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat perkhidmatan seperti tarikh lantikan, LNPT dan Cuti Tanpa Gaji/ Cuti Separuh Gaji kerana jika pengisian tidak tepat menyebabkan permohonan [TIDAK BERJAYA].


Soalan ?

Bagaimanakah saya boleh mengetahui keputusan permohonan CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP?

Jawapan

Semakan untuk calon layak temu duga dan keputusan tawaran boleh disemak melalui sistem eHLP pada tarikh yang ditetapkan di dalam Syarat Tawaran dijangka pada bulan April 2026


Soalan ?

Bagaimanakah cara untuk saya menyemak kelayakan untuk ditemu duga?

Jawapan

Semakan untuk calon layak temu duga dan keputusan tawaran boleh disemak melalui sistem eHLP pada tarikh yang ditetapkan di dalam Syarat Tawaran. Pemohon hendaklah peka dengan tarikh yang telah ditetapkan. Sebarang pindaan tarikh akan diumumkan di sistem eHLP.


Soalan ?

Adakah penolakan tawaran CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP ini akan disenarai hitamkan?

Jawapan

Ya, pegawai akan disenarai hitamkan selama dua kali penawaran jika menolak tawaran tersebut.


Soalan ?

Bolehkah pegawai menukar latihan penempatan?

Jawapan

Tidak boleh, pegawai perlu mematuhi dengan latihan penempatan yang telah ditetapkan.


Soalan ?

Jika pegawai telah menerima surat tawaran bersyarat dari BPL, apakah yang perlu dilakukan?

Jawapan

Pegawai perlu mengemukakan dokumen mengikut senarai semak ke BPL untuk pengeluaran surat kelulusan.

 


Soalan ?

Bagaimanakah perjanjian bagi pegawai CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP boleh diperolehi?

Jawapan

Perjanjian CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP boleh dimuat turun di sistem eHLP setelah calon berjaya mengesahkan penerimaan tawaran.


Soalan ?

Adakah pegawai akan ditempatkan di Jawatan Simpanan Latihan (JSL) secara automatik atau perlukah PTJ memohon ke BPL?

Jawapan

Penempatan ke JSL adalah bukan secara automatik dan tidak perlu permohonan dari PTJ. Kelulusan penempatan ke JSL mulai tahun 2019 adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Penyelarasan Penempatan Pegawai Yang Diluluskan Cuti Belajar ke JSL, KKM


Soalan ?

Apakah elaun dan kemudahan yang layak diberi semasa CB bagi Pegawai Lantikan Tetap/ PLK bagi Pegawai Lantikan Kontrak?

Jawapan

Pegawai Lantikan Tetap layak menerima kemudahan CB Dengan/ Tanpa HLP manakala Pegawai Lantikan Kontrak layak menerima Pelepasan Khas bagi mengikuti PLK dengan Penajaan SETARA HLP di bawah KKM. Elaun dan kemudahan yang layak diberi semasa dalam tempoh CB/ PLK adalah berdasarkan Garis Panduan yang boleh dimuat turun di sistem eHLP.


Soalan ?

Adakah dibenarkan penangguhan sebelum memulakan CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP?

Jawapan

Semua calon berjaya perlu mematuhi tarikh mula pengajian seperti yang telah dirangka dalam Pelan Latihan pegawai. Namun, bagi kes-kes cuti (selain Cuti Rehat) yang telah diluluskan sebelum mula pengajian akan dipertimbangkan untuk penangguhan


Soalan ?

Di manakah pegawai boleh memuat turun Garis Panduan CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP?

Jawapan

Sila ke ehlp.moh.gov.my > dokumen muat turun > dokumen dalam pengajian > Tawaran yang berkaitan.


Soalan ?

Sekiranya saya tidak berjaya bagi permohonan sesi 2026/2027, bilakah saya boleh memohon untuk sesi 2027/2028?

Jawapan

Pegawai yang tidak berjaya bagi permohonan sesi 2026/2027 boleh memohon bagi iklan tawaran sesi 2027/2028 yang dijangka akan dibuka pada September 2026. Pegawai yang berminat dimohon membuat semakan dari semasa ke semasa di sistem eHLP bagi pengumuman iklan tawaran berkenaan.


Soalan ?

Bagaimanakah saya boleh hubungi BPL?

Jawapan
  • No tel: 03-88850694
  • Emel
      1. Sarjana Perubatan: ehlp@moh.gov.my
      2. Sarjana Pergigian dan lain-lain: ehlp1@moh.gov.my
      3. Parallel Pathway: kepakaran2@moh.gov.my

Soalan ?

Apakah maksud Program Latihan Kepakaran (PLK)?

Jawapan

​“Program Latihan Kepakaran” bermakna kemudahan latihan dengan pelepasan khas yang diluluskan oleh Kerajaan kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Lantikan Kontrak KKM bagi mengikuti pengajian Sarjana Perubatan, Sarjana Pergigian atau Parallel Pathway di institusi dalam negara/ luar negara. Dalam tempoh latihan tersebut, pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan elaun-elaun lain yang berkelayakan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan.


Soalan ?

Adakah kontrak PLK ini akan ditawarkan kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi?

Jawapan

Kontrak PLK ini akan ditawarkan kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian sahaja bagi tempoh empat (4) tahun.


Soalan ?

Bolehkah saya memohon Sarjana Perubatan dan Parallel Pathway pada masa yang sama?

Jawapan

Tidak boleh. Pegawai hanya layak memilih satu PLK sahaja bagi satu permohonan mengikut iklan tawaran yang dikeluarkan oleh BPL, KKM.


Soalan ?

Apakah kaedah saringan bagi permohonan PLK?

Jawapan

Kaedah saringan akan dimaklumkan oleh BPL, KKM melalui iklan tawaran bagi PLK. Calon yang memenuhi syarat boleh memohon penajaan mengikuti PLK melalui Sistem eHLP di www.ehlp.gov.my. Calon-calon yang berminat dinasihatkan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa di laman sesawang Bahagian Pengurusan Latihan KKM dan Sistem eHLP bagi maklumat pembukaan iklan tawaran dan syarat-syarat permohonan.


Soalan ?

Adakah saya layak memohon penajaan PLK sekiranya saya telah memulakan pengajian kepakaran Parallel Pathway di bawah Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP)?

Jawapan

Pegawai layak memohon tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Penajaan hanya akan diberikan mengikut baki tempoh latihan dan tidak termasuk kos yang telah dibayar oleh pegawai.


Soalan ?

Adakah semua Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian layak ditawarkan kontrak PLK secara automatik?

Jawapan

Hanya pegawai yang berjaya melepasi saringan PLK layak ditawarkan kontrak PLK. Bagi pegawai yang mendapat tawaran pengajian dalam tempoh dua (2) tahun kontrak, tawaran kontrak empat (4) tahun ditawarkan selepas kontrak dua (2) tahun tamat.


Soalan ?

Bagaimana penempatan pegawai dalam tempoh kontrak PLK?

Jawapan

Bagi Program Sarjana Perubatan/Pergigian, pegawai akan ditempatkan di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Latihan (BPL). Manakala bagi Program Parallel Pathway, penempatan pegawai akan dikekalkan di penempatan sedia ada. Walau bagaimanapun, Program berkaitan boleh membuat pertimbangan sewajarnya agar pegawai diberi penempatan berdasarkan bidang yang telah dipilih.


Soalan ?

Sekiranya pegawai membuat penangguhan pengajian disebabkan cuti sakit atau bersalin dalam tempoh PLK, apakah yang akan terjadi kepada kontrak perkhidmatan dalam tempoh penangguhan tersebut?

Jawapan

Kontrak perkhidmatan pegawai akan diteruskan dalam tempoh penangguhan tersebut (maksimum 6 bulan). Walau bagaimanapun sekiranya tempoh (cuti sakit atau cuti bersalin) telah tamat awal, maka pegawai perlu ditempatkan ke mana-mana fasiliti KKM hingga tempoh penangguhan pengajian tamat.


Soalan ?

Saya telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan Kontrak pada tahun 2017 dan telah dilantik tetap pada tahun 2020 namun masih belum disahkan dalam perkhidmatan. Adakah saya layak memohon PLK?

Jawapan

Pegawai Perubatan/ Pergigian KKM Lantikan Kontrak sebelum 1 Januari 2018 yang dilantik tetap sehingga 31 Disember 2020 tetapi belum disahkan dalam perkhidmatan adalah layak memohon CBBP dengan/ tanpa HLP.


Soalan ?

Adakah saya masih dianggap sebagai Penjawat Awam dalam tempoh PLK?

Jawapan

Ya. Pegawai masih dianggap Penjawat Awam semasa dalam tempoh PLK dan tertakluk kepada Peraturan – peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) serta dasar-dasar lain yang berkuatkuasa.


Soalan ?

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya gagal dalam tempoh pengajian atau melanggar mana-mana syarat perjanjian penajaan PLK?

Jawapan
  • Pegawai akan dikenakan penalti/ ganti rugi seperti jadual di bawah:

SARJANA PERUBATAN DAN SARJANA PERGIGIAN

PARALLEL PATHWAY

RM350,000.00

Dalam Negara

RM350,000

Hibrid                                                  (Dalam Negara dan Luar Negara)

RM 700,000

PERHATIAN!
Mohon Baca
i. Panduan Pengisian Borang
ii. Syarat Tawaran
Sebelum Membuat Permohonan
PERHATIAN!
Sila gunakan komputer atau komputer riba untuk akses sistem. Paparan terbaik adalah dengan Chrome, Firefox atau Microsoft Edge versi terkini.