tawaran a (Program Sarjana/PhD/Area of Special Interest)
Soalan ?

Bagaimana saya boleh memohon Cuti Belajar (CB)/ Program Latihan Kepakaran (PLK) Dengan/ Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)?

Jawapan

Pegawai perlu melayari laman sesawang http://ehlp.moh.gov.my mengikut tempoh iklan yang ditetapkan. Iklan bagi sesi akademik 2023/ 2024 akan dibuka pada 31 Oktober 2022.


Soalan ?

Apakah syarat-syarat bagi permohonan?

Jawapan

Pegawai perlu memenuhi syarat-syarat pemberian CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan yang boleh dimuat turun di laman sesawang http://ehlp.moh.gov.my. Antara syarat permohonan adalah seperti berikut:-

 

    1. Berkhidmat secara tetap; dan
    1. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan; atau
    1. Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan kontrak dan tidak pernah meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan;
    1. Memperolehi markah purata LNPT tidak kurang daripada 85% bagi mana-mana tiga (3) tahun yang tertinggi daripada lima (5) tahun terakhir perkhidmatan pegawai (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
    1. Tidak melebihi umur:
      1. 43 tahun (Tetap dan Kontrak): Sarjana Perubatan/ Parallel Pathway (Syarat umur tertakluk kepada bidang berkaitan)
      1. 45 Tahun (Tetap dan Kontrak): Sarjana Pergigian
      2. 45 tahun (Tetap sahaja): PhD
      3. 50 tahun (Tetap sahaja): Sarjana lain-lain
    1. Bersih / bebas daripada sebarang pertuduhan / prosiding dan tindakan tatatertib, siasatan dan / atau dalam proses dakwaan mahkamah;
    1. Telah mengisytiharkan harta;
    2. Bebas daripada penyakit yang boleh menjejaskan keupayaan untuk menjalani program latihan (unsuitable to pursue training) dari segi fizikal dan mental; dan
    3. Bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman/ peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau Badan-badan pinjaman Kerajaan lain.

Soalan ?

Sekiranya saya baru mendaftar untuk menduduki Peperiksaan Pra-kemasukan Ijazah Lanjutan Perubatan atau Medical Specialist Pre-Entrance Examination (MedEx) pada tahun 2022, bolehkah saya memohon pada iklan tawaran Sesi akademik 2022/2023?

Jawapan

Boleh. Pegawai yang telah melepasi saringan pertama akan dianggap berjaya melepasi syarat umum. Walau bagaimanapun pegawai hanya akan dipanggil untuk sesi temu duga sekiranya telah melepasi syarat MedEx yang telah ditetapkan mengikut syarat khusus bidang yang dimohon.


Soalan ?

Bagaimanakah cara-cara memohon?

Jawapan

Sila rujuk panduan dan manual di Bahagian Makluman pada sistem eHLP. Pegawai diminta untuk membaca dan memahami syarat-syarat yang ditetapkan sebelum mengisi permohonan dalam sistem eHLP


Soalan ?

Bilakah tarikh tutup permohonan?

Jawapan

Permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya bagi Sesi Akademik Tahun 2023/2024. Sila rujuk tarikh-tarikh penting pada Syarat Tawaran di sistem eHLP.


Soalan ?

Siapakah Ketua Jabatan saya?

Jawapan

Senarai Ketua Jabatan adalah tertakluk dalam Syarat Tawaran (mengikut program masing-masing). Sila pastikan emel Ketua Jabatan adalah betul kerana emel ini akan digunakan untuk penghantaran pautan sokongan.


Soalan ?

Adakah saya perlu menghantar permohonan secara hard copy?

Jawapan

Tiada dokumen hard copy yang perlu dihantar memandangkan permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya.


Soalan ?

Saya telah menekan butang di dalam sistem permohonan dan kemudian mendapati maklumat yang diisi adalah salah, apa yang perlu saya lakukan?

Jawapan

Semua permohonan yang telah dihantar tidak boleh dikemaskini lagi. Disarankan pemohon klik butang simpan terlebih dahulu dan mengemaskini sebarang maklumat sebelum menekan butang hantar. Pemohon juga dinasihatkan untuk merujuk kepada Unit Sumber Manusia terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat perkhidmatan seperti tarikh lantikan, LNPT dan Cuti Tanpa Gaji/ Cuti Separuh Gaji kerana jika pengisian tidak tepat menyebabkan permohonan [TIDAK BERJAYA].


Soalan ?

Bagaimanakah saya boleh mengetahui keputusan permohonan CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP?

Jawapan

Semakan untuk calon layak temu duga dan keputusan tawaran boleh disemak melalui sistem eHLP pada tarikh yang ditetapkan di dalam Syarat Tawaran


Soalan ?

Bagaimanakah cara untuk saya menyemak kelayakan untuk ditemu duga?

Jawapan

Semakan untuk calon layak temu duga dan keputusan tawaran boleh disemak melalui sistem eHLP pada tarikh yang ditetapkan di dalam Syarat Tawaran. Pemohon hendaklah peka dengan tarikh yang telah ditetapkan. Sebarang pindaan tarikh akan diumumkan di sistem eHLP.


Soalan ?

Adakah penolakan tawaran CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP ini akan disenarai hitamkan?

Jawapan

Ya, pegawai akan disenarai hitamkan selama dua kali penawaran jika menolak tawaran tersebut.


Soalan ?

Bolehkah pegawai menukar latihan penempatan?

Jawapan

Tidak boleh, pegawai perlu mematuhi dengan latihan penempatan yang telah ditetapkan.


Soalan ?

Jika pegawai telah menerima surat tawaran bersyarat dari BPL, apakah yang perlu dilakukan?

 

 

Jawapan

Pegawai perlu mengemukakan dokumen mengikut senarai semak ke BPL untuk pengeluaran surat kelulusan.


Soalan ?

Bagaimanakah perjanjian bagi pegawai CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP boleh diperolehi?

Jawapan

 

​​​​​​Perjanjian CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP boleh dimuat turun di sistem eHLP setelah calon berjaya mengesahkan penerimaan tawaran.


Soalan ?

Adakah pegawai akan ditempatkan di Jawatan Simpanan Latihan (JSL) secara automatik atau perlukah PTJ memohon ke BPL?

Jawapan

 

Penempatan ke JSL adalah bukan secara automatik dan tidak perlu permohonan dari PTJ. Kelulusan penempatan ke JSL mulai tahun 2019 adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Penyelarasan Penempatan Pegawai Yang Diluluskan Cuti Belajar ke JSL, KKM


Soalan ?

Adakah dibenarkan penangguhan sebelum memulakan CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP?

Jawapan

Pegawai tidak dibenarkan penangguhan sebelum memulakan CB/ PLK Dengan/ Tanpa HLP.


Soalan ?

Sekiranya saya tidak berjaya bagi permohonan sesi 2022/2023, bilakah saya boleh memohon untuk sesi 2023/2024?

Jawapan

Pegawai yang tidak berjaya bagi permohonan sesi 2022/2023 boleh memohon bagi iklan tawaran sesi 2023/2024 yang dijangka akan dibuka pada September 2022. Pegawai yang berminat dimohon membuat semakan dari semasa ke semasa di sistem eHLP bagi pengumuman iklan tawaran berkenaan.


Soalan ?

Bagaimanakah saya boleh hubungi BPL?

Jawapan

 

  • No tel: 03-88850694
  • Emel
      1. Sarjana Perubatan: ehlp@moh.gov.my
      2. Sarjana Pergigian dan lain-lain: ehlp1@moh.gov.my
      3. Parallel Pathway: kepakaran2@moh.gov.my

Soalan ?

Apakah maksud Program Latihan Kepakaran (PLK)?

Jawapan

​“Program Latihan Kepakaran” bermakna kemudahan latihan dengan pelepasan khas yang diluluskan oleh Kerajaan kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Lantikan Kontrak KKM bagi mengikuti pengajian Sarjana Perubatan, Sarjana Pergigian atau Parallel Pathway di institusi dalam negara/ luar negara. Dalam tempoh latihan tersebut, pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan elaun-elaun lain yang berkelayakan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan.


Soalan ?

Adakah kontrak PLK ini akan ditawarkan kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi?

Jawapan

Kontrak PLK ini akan ditawarkan kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian sahaja bagi tempoh empat (4) tahun. 


Soalan ?

Bolehkah saya memohon Sarjana Perubatan dan Parallel Pathway pada masa yang sama?

Jawapan

Tidak boleh. Pegawai hanya layak memilih satu PLK sahaja bagi satu permohonan mengikut iklan tawaran yang dikeluarkan oleh BPL, KKM.


Soalan ?

Apakah kaedah saringan bagi permohonan PLK?

Jawapan

Kaedah saringan akan dimaklumkan oleh BPL, KKM melalui iklan tawaran bagi PLK. Calon yang memenuhi syarat boleh memohon penajaan mengikuti PLK melalui Sistem eHLP di www.ehlp.moh.gov.my. Calon-calon yang berminat dinasihatkan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa di laman sesawang Bahagian Pengurusan Latihan KKM dan Sistem eHLP bagi maklumat pembukaan iklan tawaran dan syarat-syarat permohonan.


Soalan ?

Adakah saya layak memohon penajaan PLK sekiranya saya telah memulakan pengajian kepakaran Parallel Pathway di bawah Bahagian Perkembangan Perubatan (BPP)?

Jawapan

Pegawai layak memohon tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Penajaan hanya akan diberikan mengikut baki tempoh latihan dan tidak termasuk kos yang telah dibayar oleh pegawai.


Soalan ?

 

Adakah semua Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian layak ditawarkan kontrak PLK secara automatik?

Jawapan

Hanya pegawai yang berjaya melepasi saringan PLK layak ditawarkan kontrak PLK. Bagi pegawai yang mendapat tawaran pengajian dalam tempoh dua (2) tahun kontrak, tawaran kontrak empat (4) tahun ditawarkan selepas kontrak dua (2) tahun tamat.


Soalan ?

Bagaimana penempatan pegawai dalam tempoh kontrak PLK?

Jawapan

Bagi Program Sarjana Perubatan/Pergigian, pegawai akan ditempatkan di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Latihan (BPL). Manakala bagi Program Parallel Pathway, penempatan pegawai akan dikekalkan di penempatan sedia ada. Walau bagaimanapun, Program berkaitan boleh membuat pertimbangan sewajarnya agar pegawai diberi penempatan berdasarkan bidang yang telah dipilih.

.


Soalan ?

Sekiranya pegawai membuat penangguhan pengajian disebabkan cuti sakit atau bersalin dalam tempoh PLK, apakah yang akan terjadi kepada kontrak perkhidmatan dalam tempoh penangguhan tersebut?

Jawapan

Kontrak perkhidmatan pegawai akan diteruskan dalam tempoh penangguhan tersebut (maksimum 6 bulan). Walau bagaimanapun sekiranya tempoh (cuti sakit atau cuti bersalin) telah tamat awal, maka pegawai perlu ditempatkan ke mana-mana fasiliti KKM hingga tempoh penangguhan pengajian tamat.


Soalan ?

Saya telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan Kontrak pada tahun 2017 dan telah dilantik tetap pada tahun 2020 namun masih belum disahkan dalam perkhidmatan. Adakah saya layak memohon PLK?

Jawapan

Pegawai Perubatan/ Pergigian KKM Lantikan Kontrak sebelum 1 Januari 2018 yang dilantik tetap sehingga 31 Disember 2020 tetapi belum disahkan dalam perkhidmatan adalah layak memohon CBBP dengan/ tanpa HLP.


Soalan ?

Adakah saya masih dianggap sebagai Penjawat Awam dalam tempoh PLK?

Jawapan

Ya. Pegawai masih dianggap Penjawat Awam semasa dalam tempoh PLK dan tertakluk kepada Peraturan – peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) serta dasar-dasar lain yang berkuatkuasa.


Soalan ?

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya gagal dalam tempoh pengajian atau melanggar mana-mana syarat perjanjian penajaan PLK?

Jawapan

 

Pegawai akan dikenakan penalti/ ganti rugi seperti jadual di bawah:

SARJANA PERUBATAN DAN SARJANA PERGIGIAN                   : RM350,000.00

PARALLEL PATHWAY Dalam Negara                                              :  RM350,000.00

PARALLEL PATHWAY Hibrid (Dalam Negara dan Luar Negara)   : RM 700,000.00

 

PERHATIAN!
Mohon Baca
i. Panduan Pengisian Borang
ii. Syarat Tawaran
Sebelum Membuat Permohonan
PERHATIAN!
Sila gunakan komputer atau komputer riba untuk akses sistem. Paparan terbaik adalah dengan Chrome, Firefox atau Microsoft Edge versi terkini.