tawaran b (Program Sarjana Perubatan)
Soalan ? Bilakah iklan tawaran permohonan HLP bagi Sarjana Perubatan dibuat?
Jawapan Iklan penawaran akan dibuka pada bulan Jun / Julai setiap tahun melalui laman web rasmi KKM www.moh.gov.my , BPL http://latihan.moh.gov.my/ dan postmaster KKM.

Soalan ? Bagaimana cara untuk mendapatkan borang permohonan HLP bagi Peringkat Sarjana Perubatan
Jawapan Pegawai perlu melayari laman web http://ehlp.moh.gov.my/. Permohonan adalah melalui sistem online.

Soalan ?

Bilakah keputusan HLP Sarjana Perubatan akan dikeluarkan?

Jawapan

Keputusan HLP Sarjana Perubatan akan dikeluarkan mulai April pada tahun permohonan. Semakan boleh dibuat di laman web http://ehlp.moh.gov.my/.


Soalan ?

Apakah syarat-syarat bagi permohonan?

Jawapan

Syarat Permohonan boleh didapati pada Dokumen Muat Turun -  Surat Penawaran Iklan melalui laman web sistem eHLP


Soalan ? Bagaimanakah cara-cara memohon?
Jawapan Sila rujuk arahan dan manual melalui sistem ehlp.

Soalan ? Bilakah tarikh tutup permohonan?
Jawapan Kebiasaannya permohonan secara online akan ditutup di dalam tempoh sebulan daripada tarikh iklan dibuka (dinyatakan dalam surat tawaran iklan).

Soalan ? Jika kaedah pengajian pilihan adalah tertutup perlu ke saya mengisi negeri pilihan penempatan?
Jawapan Pegawai perlu juga mengisi negeri pilihan penempatan kerana kaedah pengajian akan dimuktamadkan oleh Ketua Bidang KKM dan tidak semestinya pegawai akan dapat kaedah pengajian yang dipilih.

Soalan ? Bagaimana kiraan purata markah LNPT. Adakah dikira jumlah 3 tahun dibahagi 3?
Jawapan Tidak. Kiraan purata adalah berdasarkan wajaran/pemberat yang telah ditentukan oleh pihak BPL.

Soalan ? Pada maklumat pengalaman, perlukah diletak maklumat jabatan terkini
Jawapan Ya. Perlu dinyatakan juga maklumat pengalaman di jabatan bertugas terkini.

Soalan ? Bolehkah pegawai memilih universiti
Jawapan Pemilihan universiti akan ditentukan oleh Jawatankuasa Bidang masing-masing

Soalan ? Saya baru ditukarkan di Jabatan sekarang. Boleh kah saya dapatkan sokongan daripada ketua di jabatan lama.
Jawapan Boleh dengan syarat satu lagi sokongan perlu daripada ketua jabatan terkini.

Soalan ? Apakah yang dimaksudkan dengan ÃÆâ€â„ÃÃÃâââ€
Jawapan Helaian pengesahan ketua jabatan adalah helaian terakhir borang permohonan yang dicetak melalui sistem ehlp. Borang ini mengandungi ruangan perakuan - Tanda tangan pemohon - Tanda tangan pegawai atasan - Tanda tangan ketua jabatan

Soalan ? Siapakah yang layak membuat perakuan kepada ÃÆâ€â„ÃÃÃÃ
Jawapan Pegawai Atasan : Pegawai yang menyelia pemohon secara langsung / pegawai penilai pertama Ketua Jabatan : Pengarah Hospital / Pengarah Kesihatan Negeri / Pengarah Institusi / Pengarah Bahagian

Soalan ? Bagaimana saya nak sahkan permohonan saya telah berjaya dihantar atau tidak?
Jawapan Bagi permohonan yang telah berjaya dihantar, pada status permohonan di dalam sistem akan menyatakan tarikh permohonan telah dihantar.

Soalan ? Saya ada masalah untuk mencetak borang, apa yang perlu saya lakukan?
Jawapan Sila emel masalah tersebut kepada ehlp@moh.gov.my. Butiran yang perlu ada ialah:- - Nama - No. Kad Pengenalan - Kursus yang dipohon - Isu & masalah yang dihadapi Pegawai juga diminta untuk sertakan screenshot masalah yang dihadapi. Respon akan diberikan dalam tempoh 24 jam.

Soalan ? Maklumat yang dimasukkan kedalam sistem tidak sama dengan maklumat yang dicetak/ maklumat hilang selepas dicetak, apa yang perlu saya lakukan?
Jawapan Sila emel masalah tersebut kepada ehlp@moh.gov.my. Butiran yang perlu ada ialah:- - Nama - No. Kad Pengenalan - Kursus yang dipohon - Isu & masalah yang dihadapi Pegawai juga diminta untuk sertakan screenshot masalah yang dihadapi. Respon akan diberikan dalam tempoh 24 jam.

Soalan ? Saya telah menekan butang ÃÆâ€â„ÃÃÃââ‚Â
Jawapan Semua permohonan yang telah dihantar tidak boleh dikemaskini lagi. Disarankan pemohon klik butang ÃÆâ€â„ÃÃÆâÃ

Soalan ? Saya telah mendaftar sebentar tadi, tetapi saya tidak log masuk ke dalam sistem menggunakan id & password yang didaftarkan, apa perlu dilakukan?
Jawapan Pegawai boleh set semula dengan memasukkan kata laluan yang baru. Jika masih menghadapi masalah sila emel kepada ehlp@moh.gov.my

Soalan ? Laporan penyokong 1 & 2 perlu ke dihantar/ emel ke BPL
Jawapan Tidak perlu. Dokumen tersebut perlu dicetak dan dibawa jika pegawai berjaya dipanggil temuduga di universiti.

Soalan ? Perlu ke saya hantar semua dokumen (buku perkhidmatan, laporan penyokong 1&2, sijil-sijil ke BPL dan universiti).
Jawapan Dokumen-dokumen ini tidak perlu dihantar ke BPL dan universiti. Pegawai perlu membawa semua dokumen semasa sesi temuduga dan serahkan kepada pihak berkaitan jika diminta.
Soalan ? Bilakah keputusan Saringan 1 akan diumumkan?
Jawapan Kebiasaannya keputusan Saringan 1 akan diumumkan pada pertengahan Oktober melalui sistem ehlp http://ehlp.moh.gov.my/psp/. Pemakluman ini akan diwar-warkan di portal KKM, BPL dan postmaster KKM.

Soalan ? Bilakah tarikh dan temuduga akan dijalankan?
Jawapan Temuduga akan dijalankan pada bulan Oktober hingga Januari di Universiti Awam mengikut bidang masing-masing. Sebarang pertanyaan mengenai tarikh dan sesi temuduga, pegawai perlu berhubung dengan PENDAFTAR UNIVERSITI seperti butiran di bawah:
UniversitiNama PegawaiEmel
UIAMPn. Jarifah Amanjarifah@iium.edu.my
UITMEn. Mohd Hafiz Anuarmhafiz22@salam.uitm.edu.my
UKM Puan Kamili Diana Aliasr
Pn. Suhaslin Ibrahim
Pn. Norhayati Alias
kamili@ppukm.ukm.edu.my
suhaslin@ppukm.ukm.edu.my
yati@ppukm.ukm.edu.my
UMEn. Mardiansha Kalimuddin
Pn. Siti Noor Muhaiyah Zamari
mardiansha@ummc.edu.my
maya@um.edu.my
UNIMASProf. Madya Dr Asri Said.rsasri@unimas.my
UPMPn. Nurulsofia Yusohnurulsofia@upm.edu.my
USM(P.PINANG)En. Yusmadi Norashidyusmadi@usm.my
USM(KUBANG KERIAN)Pn. Wan Nur Fajrina Wan Azmiwnfajrina@usm.my
wannurfajrina@gmail.com

Soalan ? Saya tidak berjaya Saringan 1. Bolehkah saya membuat rayuan?
Jawapan Keputusan yang diumumkan adalah muktamad.

Soalan ? Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa menghadiri temuduga.
Jawapan Dokumen yang perlu di bawa telah dinyatakan di dalam iklan tawaran. Dokumen yang perlu dibawa adalah seperti berikut :  i. Satu (1) salinan Borang KKM/HLP-SARJANA PERUBATAN/DALAM NEGARA yang telah dilengkapkan dengan segala maklumat diri dan perkhidmatan telah disahkan oleh Ketua Jabatan (Pengarah Kesihatan Negeri/ Hospital/ Institusi/ Bahagian sahaja);  ii. Laporan Penyokong 1 dan Laporan Penyokong 2;  iii. Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan disahkan;  iv. Satu (1) salinan Surat Pengesahan Jawatan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);  v. Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM); dan  vi. Dokumen sokongan yang lain (Salinan Kad Pengenalan, sijil SPM, sijil-sijil dan transkrip)

Soalan ? Bilakah keputusan penawaran akan diumumkan?
Jawapan Jangkaan keputusan Saringan II dan tawaran bagi Program Sarjana Perubatan akan diumumkan seperti tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran yang boleh disemak melalui link http://ehlp.moh.gov.my. Pemakluman ini akan diwar-warkan di portal KKM, BPL dan postmaster KKM

Soalan ? Jika dapat HLP, bila surat tawaran akan dikeluarkan?
Jawapan Surat tawaran akan dikeluarkan bersama-sama keputusan tawaran HLP ini secara online.

Soalan ? Saya ada masalah untuk datang ke taklimat. Apa yang perlu dilakukan?
Jawapan Pegawai perlu buat surat rasmi dengan menyatakan sebab ketidakhadiran dan emelkan surat tersebut ke ehlp@moh.gov.my

Soalan ? Saya tidak dapat hadir pada sesi taklimat yang ditawarkan, bolehkah saya hadir pada sesi sistem yang lain?
Jawapan Pegawai boleh hadir pada sesi yang lain (jika ada) kerana taklimat bagi sesi 2019/2020 adalah sama.

Soalan ? Jika saya ingin menolak tawaran, apakah yang perlu saya lakukan?
Jawapan Pegawai perlu maklumkan penolakan tawaran dengan menjawab pengesahan penerimaan tawaran secara dalam talian di link http://ehlp.moh.gov.my dengan menyatakan sebab penolakan tawaran Jika pegawai memaklumkan penolakan sebelum sesi pengajian bermula pegawai akan dikenakan penalti tidak boleh memohon program Sarjana Perubatan untuk tempoh 2 tahun. Jika pegawai memaklumkan penolakan selepas sesi pengajian bermula pegawai akan dikenakan penalti tidak boleh memohon sebarang Cuti Belajar sepanjang perkhidmatan.

Soalan ? Saya tidak berjaya. Boleh saya tahu alasan saya tidak ditawarkan?
Jawapan Sebagai makluman, Bahagian Pengurusan Latihan hanya menerima senarai yang berjaya sahaja. Bahagian ini tidak dimaklumkan sebab mengapa pegawai tidak ditawarkan ke dalam program.

Soalan ? Bolehkah saya menangguhkan pengajian?
Jawapan Pegawai perlu mengisi Bahagian A pada Borang Permohonan Penangguhan Pengajian yang disediakan di dalam Garis panduan Pegawai Yang Ditempatkan Di Jawatan Simpanan Latihan dan emailkan surat tersebut ke ehlp@moh.gov.my. Rayuan penangguhan ini akan dimajukan kepada ketua bidang untuk kelulusan.

Soalan ? Apakah yang dimaksudkan ÃÆâ€â„ÃÃÃâ€
Jawapan Ikatan perjanjian kontrak yang termetrai dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam atas sebab pemberian tajaan/biasiswa JPA.

Soalan ? Saya tidak dapat hantar dokumen pada hari taklimat. Bolehkah saya hantar kemudian?
Jawapan Pegawai boleh hantar dokumen dalam tempoh seminggu dari tarikh taklimat secara serahan tangan atau secara pos berdaftar kepada alamat berikut : Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1 Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, Menara Prisma No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62675 Putrajaya (u.p: Urusetia Sarjana Perubatan)

Soalan ? Apakah perbezaan CBBP dan HLP?
Jawapan Apabila Surat Tawaran menyatakan CBBP maka ianya adalah sistem tertutup dan tajaan penuh HLP serta penempatan penuh di Universiti. Jika tawaran hanya nyatakan HLP maka ianya sistem terbuka dengan tajaan separa HLP (Yuran pengajian, elaun buku setiap tahun dan kursus intensif tahunj pertama sahaja), penempatan akan ada di Hospital KKM.

Soalan ? Surat permohonan perlu ditulis ÃÆâ€â„ÃÃÃâââ€
Jawapan Permohonan perlu di alamatkan kepada Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1 Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, Menara Prisma No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62675 Putrajaya (u.p: Urusetia Sarjana Perubatan) Keputusan panel pemilih adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Soalan ? Saya tidak berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Program Sarjana Perubatan. Bolehkah saya membuat rayuan?
Jawapan Keputusan panel pemilih adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.