tawaran e (Program Sijil/Diploma/Ijazah)
Soalan ? Adakah permohonan CBSG / CBTG tanpa HLP bagi kumpulan Pelaksana secara online?
Jawapan Bagi permohonan CBSG / CBTG tanpa HLP bagi kumpulan Pelaksana, pemohon perlu mengemukakan dokumen fizikal dengan memuat turun borang terkini yang boleh didapati di http://ehlp.moh.gov.my dan menghantar kepada BPL pada tempoh masa yang ditetapkan. Dokumen yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan adakan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan permohonannya.

Soalan ? Bagaimanakah cara-cara memohon CBSG / CBTG tanpa HLP?
Jawapan i. Pegawai perlu melayari laman web http://ehlp.moh.gov.my ii. Memahami syarat-syarat yang ditetapkan dan mematuhi cara memohon Cuti Belajar seperti yang digariskan dalam iklan tawaran. iii. Melengkapkan semua butiran permohonan dan dapatkan pengesahan iv. Borang permohonan berserta dokumen sokongan perlu dihantar kepada BPL.

Soalan ?

Saya baru tamat mengikuti program Pos Basik / Diploma Lanjutan. Adakah saya boleh memohon kemudahan CBSG atau CBTG tanpa HLP?

Jawapan

Setiap permohonan perlu mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/sederhana dan pendek contohnya seperti kursus Pos Basik / Diploma seperti berikut:

Tempoh Kursus  Tempoh Tamat Mengikuti Kursus
Lebih daripada 12 bulan 2 tahun
Lebih daripada 3 bulan sehingga genap 12 bulan 1 tahun
Kurang daripada 3 bulan Tiada

 


Soalan ? Apakah peringkat pengajian yang layak dipohon oleh pegawai dari Kumpulan Pelaksana untuk mengikuti kursus CBSG / CBTG tanpa HLP?
Jawapan Peringkat pengajian yang layak dipohon oleh pegawai dari Kumpulan Pelaksana untuk mengikuti kursus CBSG / CBTG tanpa HLP ini adalah di peringkat Diploma/ Ijazah Pertama sahaja.

Soalan ? Sekiranya pegawai yang memohon CBSG / CBTG tanpa HLP sedia ada mempunyai kelayakan pengajian di peringkat Ijazah, adakah pegawai tersebut layak dipertimbangkan permohonan CB di peringkat Ijazah bagi kali kedua?
Jawapan Tidak layak. Berdasarkan Garis Panduan (GP) Kemudahan CB, kursus yang diikuti oleh pegawai mestilah pada peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik yang telah dimiliki.

Soalan ? Adakah pegawai layak untuk memohon CBSG / CBTG tanpa HLP sekiranya pegawai masih belum mendapat tempat di universiti semasa permohonan CB dilakukan?
Jawapan Layak. Namun pegawai harus diingatkan bahawa tempoh bagi mendapatkan tempat di universiti adalah sah selama satu tahun sahaja mulai tarikh surat tawaran bersyarat dikeluarkan.

Soalan ? Siapakah yang layak membuat perakuan kepada Borang Permohonan Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan.
Jawapan
 JKN/PKD/KKHOSPITAL
PEGAWAI ATASANPegawai Penilai PertamaPegawai Penilai Pertama
KETUA JABATANTPKN (F) / TPKN (G) ATAU Pengarah Kesihatan NegeriPengarah Hospital

Soalan ? Bilakah tarikh tutup permohonan?
Jawapan Penerimaan borang permohonan CBSG / CBTG tanpa HLP akan ditutup pada tarikh seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran iklan.

Soalan ? Adakah borang permohonan saya telah diterima oleh pihak BPL?
Jawapan Pengesahan penerimaan borang permohonan boleh melalui i. Pegawai khidmat pelanggan (03-88850600 ext 6293); dan ii. Alamat emel ehlp1@moh.gov.my.

Soalan ? Di manakah saya perlu menghantar dokumen permohonan?
Jawapan Permohonan perlu di alamatkan kepada:- Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1 Bahagian Pengurusan Latihan Aras 6, Menara Prisma No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62675 Putrajaya

Soalan ? Adakah borang permohonan CBSG / CBTG tanpa HLP yang dihantar selepas tarikh tutup iklan layak untuk dipertimbangkan?
Jawapan Tidak layak untuk dipertimbangkan.

Soalan ? Sekiranya borang permohonan yang diterima didapati terdapat dokumen tidak lengkap, adakah BPL masih menerima dokumen yang telah lengkap dan dihantar selepas tarikh tutup iklan tersebut?
Jawapan Tidak layak untuk dipertimbangkan.

Soalan ? Bagaimanakah saya boleh mengetahui keputusan permohonan CBSG / CBTG tanpa HLP dan bilakah boleh saya ketahui?
Jawapan Semakan keputusan boleh dilakukan melalui laman web latihan.moh.gov.my dan emel pada tarikh yang ditetapkan di surat tawaran.

Soalan ? Adakah pegawai layak untuk dipertimbangkan CBSG / CBTG tanpa HLP jika mod pengajian adalah separuh masa?
Jawapan Berdasarkan Garis Panduan Kemudahan CB, pegawai perlu mengikuti kursus jangka sederhana dan kursus jangka panjang secara sepenuh masa.

Soalan ? Adakah pegawai yang telah diluluskan Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) boleh membuat rayuan untuk mendapatkan Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG)?
Jawapan Tidak boleh kerana kelulusan permohonan CB pegawai telah dipertimbangkan berdasarkan syarat dan kelayakan pegawai pada ketika permohonan dibuat dan telah mendapat kelulusan Pengurusan Tertinggi KKM.

Soalan ? Adakah saya layak memohon CBSG / CBTG tanpa HLP sekiranya mempunyai tajaan pembiayaan dari badan swasta, badan kerajaan, badan antarabangsa atau badan asing?
Jawapan Ya, pegawai layak memohon Cuti Belajar mengikut kelayakan masing-masing. Jika ada tajaan, CB boleh diproses di luar waktu iklan.

Soalan ? Adakah saya boleh melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta?
Jawapan Boleh, tetapi kursus tersebut perlulah diiktiraf. Senarai kursus yang diiktiraf boleh disemak di portal JPA iaitu http://pengiktirafan.jpa.gov.my/ (terpakai bagi permohonan di peringkat diploma dan ijazah Sarjana Muda) di dalam dan luar negara

Soalan ? Apakah yang dimaksudkan "Perjanjian Ibu"?
Jawapan Ikatan perjanjian kontrak yang termetrai dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam atas sebab pemberian tajaan/biasiswa JPA.
PERHATIAN!
Mohon Baca
i. Panduan Pengisian Borang
ii. Syarat Tawaran
Sebelum Membuat Permohonan
PERHATIAN!
Sila gunakan komputer atau komputer riba untuk akses sistem. Paparan terbaik adalah dengan Chrome, Firefox atau Microsoft Edge versi terkini.